Thursday 7 November 2013

Hijrah and Me

Assalamualaikum

Masih belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah buat semua umat islam khususnya di Malaysia dan juga diseluruh dunia. =)



Alhamdulillah aku masih lagi bernafas dan berpeluang untuk bertaubat dan beribadah kepada-NYA. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata bagaimana untuk mengungkapkan rasa syukur kerana masih lagi bernyawa dibumi ini pada awal muharam lepas sedangkan beberapa hari yang lepas aku kerap mendapat khabar berita kawan-kawanku yang sebaya telah pergi menghadap ilahi...........  Benar, Ajal maut itu tidak mengenal usia dan umur...... 

Apa maksud Hijrah pada diriku? apa yang aku faham tentang hijrah? apa....dan apa............ perkataan ini kerap bermain didalam fikiranku tiap kali aku selesai menunaikan solat.

Bagi aku, maksud hijrah itu sendiri membawa makna yang besar dan mempunyai beribu maksud yang tersirat. kita sebagai manusia perlulah sendiri yang meneroka dan mendalami apa itu Hijrah........   Secara umumnya, Hijrah bermaksud berpindah, meninggalkan atau keluar dari sebuah negeri kepada sebuah negeri yang lain. Namun, bagi diri aku sendiri Hijrah bermaksud apabila aku melakukan perubahan demi perubahan pada diri aku sendiri untuk kearah yang lebih baik untuk bersiap sedia menghadap ALLAH pada hari kematianku nanti.

persoalannya sekarang, bagaimana aku  berhijrah?

untuk berhijrah bukan boleh dilakukan dalam sekelip mata. ianya mengambil masa yang panjang, memerlukan tahap kesabaran dan semangat untuk berubah yang tinggi dan perlu mempunyai iman yang tinggi. Bagi aku 3 BENDA ni wajib ada untuk berhijrah. kalau xde, mgkin niat hijrah kita tu akan menjadi sambil lewa dan akan tergantung bila-bila masa.

bila sebut hijrah ianya mesti berkaitan dengan masa silam kita. tanpa masa silam kita tu,kita takkan beljar mengenal erti belajar daripada kesilapan dan sedar akan kekurangan dalam diri kita. INGAT, MANUSIA TIDAK SEMPURNA......

Bermula dari kisah silam aku lah, aku sedar aku perlu berubah dan berubah..lagi-lagi bila umur makin meningkat. INGAT MANUSIA UMUR SEMAKIN MENINGKAT DAN TAKKAN MENURUN......

Dulu aku seorang yang bebas bercampur tp xdela bercampur mcm mat rempit dgn perempuan2nya tu.... mksud aku bercampur dr segi batas2 pergaulan lelaki dan perempuan. aku mmg byk kawan lelaki drpd perempuan. so, dulu..setakat salam-salam dgn mereka mmg xde hall lahhh..... mcm slumber je..... walopon aku taw benda tu slh tp ats sebab pengaruh rakan-rakan nnt dorang ckp xcool la kau ni..... aku buat jugak benda tuh...  aku kerap kena sound dgn family aku tp aku wat dek..... nak dijadikan cerita, mungkin ALLAH nk berikan hidayah dalam senyap2....... berlakulah sesuatu yang wat aku sentap tiap kali aku join tgk tv dengan family..... kebetulan cerita atau inti pati rancangan tersebut banyak menekankan Halal Dan Haram antara lelaki dan perempuan. mmg sebijik2 kena kat batang hidung aku sendiri. sejak dari tu, aku insaf. huhu.... aku cuba berubah sedikit demi sedikit dan alhamdulillah aku berjaya mengHIJRAHkan diri aku daripada menjadi mungkar dengan perintah yang ALLAH telah tetapkan pada umatnya. kawan-kawan ingat yer..bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim/mahram adalah HAROMMM...................

Lagi peristiwa penghijrahan yang telah aku wat pd diri aku adalah bertudung dan menutup aurat. bila di ingat dan dikenang balik..betapa jahilnya aku waktu muda2 dulu......  mungkin disebabkan dulu aku silap memilih kawan dan banyak bergaul dengan kaum Cina..... jd aku mudah terikut2.... pakai tudung onoff je..... mcm xheran dengan dosa. Subhanalllahh! masa tu aku pk umur masih muda..lmbt lg nk mati semua....  tapi bila makin besar dan melanjutkan study di sarawak.. aku dipertemukan dengan sebuah keluarga yang alim dan waraq. btw, korg jgn ingat makbapak aku jahil jgk yer...mereka baik dan banyak mengajar aku ttg hukum hakam tp aku sndri yg susah nk dgr ckp makbapak aku dulu2......huhu  ok,back to the story.... because of this family la mereka bnyk menyedarkan aku dan membuat aku berasa malu dan rendah diri untuk mengadap mereka. mana xnya...sedang budak kecil yg belum akhil baligh pon pakai tudung dan lengan bju pnjg semua tp aku x mcm tu..malu wey....... then slow2 aku berubah dan berubah..... aku tawu aku da bnyk berdosa pd allah,mak ayah aku lagi......  YaALLAH , kau ampunilah dosa hamba mu ini dan ringankan lah beban ayahku yaALLAH.....

Bukan dari segi fizikal sahaja perubahan hijrah yang aku lakukan bahkan juga hijrah pada hati untuk pada allah yang satu. aku sedar,hanya pada allah shj tmpt yang paling best nk mengadu atau mendapat ketengan jiwa dan hati....... bknya ngadu kat facebook yer,dpt sakit hati lg adlh..haha

cuba untuk lengkapkan solat 5 waktu, banyakkan bersedekah, banyakkan tolong mak dan abah, tolong rakan-rakan tp bukan bersubahat yer...... dan paling penting baca alquran dan berzikir bila ada masa lapang. alhamdulillah, makin lama aku praktikkan,makin tenang hati dan lega bila resah kita ingat pada allah. InsyaALLAH, kita akan rasa kepuasan yang x terhingga pada diri kita. dlm sedar x sedar...kita sebenarnya dah lakukan hijrah pada diri kita..... =) nampak mcm mudahkan? hehe..... insyaallah anda semua boleh lakukan...sama-samalah kita bertatih yer.....

akhir kata,

hijrah itu tidak mudah. nak berhijrah kena bekorban diri.... nk menjadi lebih baik,perlulah bersedia untuk bekorban kesenangan yang ada sekarang. lengkapkan diri dengan semangat,iman dan sabar. ALLAh akan bantu kita walaupun tidak diberi secara directly tp allah tetap dengar dan guide kita tanpa kita sedar. MasyaALLAH........ hijrah itu berterusan dan abadikan dlm diri untuk menjadikan diri lebih baik drpd yang sebelumnya.......

JOM LAYAN TIPS DLM GAMBAR NI.. :





that's all for my thinking about Hijrah in myself.
THANK YOU FOR READING.





No comments:

Post a Comment

© kakijalans.blogspot.com | Design By MH